Friday, April 30, 2010

Tuesday, April 27, 2010

Seniman Menangis

Aku rase blog aku ni akan dipenuhi dgn lirik lagu je owh.(=,="

Ni merupakan lagu yg baru digali oleh Faiz dan memang meremeng bulu roma bila mendengarnya. Bait bait indah yang disusun kemas termaktub dalam lirik Seniman Menangis.

Hayatilahh…

Malam ini akulah seniman.

Setelah kita putuskan tunangan.

Tiada kawan yang dapat meneka.

Ku berduka.


Ku berikan majlis bergembira,

Ku tertawa, minum, dan berdansa.

Hingga diri yg sedang berduka,

Tak percaya.


Aku tersenyum, ku tersenyum.

Dan tertawa.

Ku berdansa, ku berdansa.

Bagai nak gila.

Kalau kau berada,

Dibelakang tabir menyaksikan,

Kau akan melihat seniman ini menangis.


Tapi dinda,

Bila kawan ku pulang,

Seniman ini duduk keseorangan,

Hingga diri yang sedang berduka,

Tak percaya.


Tapi dinda,

Apabila tabir di tutup,

Lampu-lampu gelap gelita,

Ku keseorangan.


Kalau kau berada,

Dibelakang tabir menyaksikan,

Kau akan melihat seniman ini menangis.

Friday, April 16, 2010

Ulang 2 Tahun



Salam semesta.

16 April. Hari ini. Tarikh yang mengingatkan aku pada satu peristiwa yang aku tak kan dapat lupakan sampai bebila.


SETIU 16 April – Seorang kanak-kanak warganegara Thailand maut, manakala seorang lelaki rakyat negara itu parah apabila bas ekspres yang mereka naiki bersama 21 penumpang lain terhumban ke dalam gaung di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, tengah malam tadi.

Aku & 2 lagi member aku dalam perjalanan pulang dari Kelantan. Waktu tu study week, so aku decide nak lepak r kat umah Aiman kat Tanah Merah. Kejadian tu berlaku time kitorg ondaway balik ke U sebab lusa nye (18hb) dah stat final exam.


Dalam nahas tu, tiada pendarahan yang berlaku kat aku. Luka sikit pon tak. Cume belakang aku la sakit mungkin hasil hentakan yang berlaku semasa bas tu tebalik. Ntahla. Aku pun tak pasti sebab time tu aku tido. Aiman dapat luka teruk kat bahagian lengan dan sorang lagi, Farizan hanya mengalami luka luka kecil.


*16 April 2008*

Thursday, April 15, 2010

Budi Bahasa, Budaya Kita

Kadang2 kite ketawa giler2 sebab kite rase benda tu lawak.
Tapi mungkin tak bagi orang lain…

Kadang2 kita rasa benda gurauan tu tade papepon.
Tapi mungkin bermakna bagi org lain…



Hai.

Name diberi Amierol Shah.

Kuat memerli dan sakitkan ati orang.

Suka gurau kasar.

Maafkanlah die eh kalau ade yang berasa hati.

:)


p/s = tak semudah itu shah. kau harus berubah.



Monday, April 12, 2010

capai ke?



Salam Semesta..

And welcome to my blog.hehe. today, Isnin, I d like to share ngn korang pasl a.k.a bekenaan ttg post aku yg dilampirkan pada tarikh 27 December 2009. Bg yang tak mengikuti, diharap bersabar kerana blog ni takkan lari dan akan terus gagah berdiri/menari disini. So, kalu na baca, naty baca lah. Grr..

Merujuk pada beban atau janji yg termaktub pada masa itu. Telah disenaraikan 15 perkara yang mesti dipatuhi atau amanat sepanjang semester 6 berlangsung. Lebey kurang agenda la. Tu yang tajuk die Agent-Da. (nampak style konon).

Bagi rangkap pertama…

Dah la shah, tapayah na tangguh2 buat kerja, buat cecepat, siap cecepat then relax.tayah na serabot buat keje last minutes. Suke sgt buat keje tetangguh oOo.apa namaa..

Kah3.terlaksana ke? Tanya la group member aku. Mcm hape ntah sem nie. Semua nak bertangguh. Haish. Ntah bile la na ubah nye. Siotan.

Bagi rangkap kedua

Jgn tinggal solat. Jgn bagi byk lompong2 tahun ni. Na dosa ke pahala?

Sebagai manusia. Memang adela yg tetinggalnye. Terutama subuh. Qada’ jgn tak Qada’.

Bagi rangkap ketiga

Beli laptop.hehe. ;)

Bwahahah. Harapan tinggal harapan. Sedikit masalah yg dihadapi mnyebabkan perjalanan untuk pembelian terencat. Adeh. Tape. Target je. Tade rezeki. Tape ayah. Iloi faham!*senyum*

Bagi statement keempat.

Limitkan paling lewat tdo tiap mlm kul 3, tamo stay up lelama, t nantok plk dlm kuliah.

Mati la saya. Mati la saya. Janji tak tertunai. Tetap jugak tdo lambat. Tapi at first dlu mmg awal la tdo. Tapi last2 sem ni mcm hape ntah. Ne pun kul 6 aku buat blog ni taw?

Bagi penyataan kelima.

Ko taw ta yg cgpa ko terok? so?

insyaAllah.aku rasa boleh naik ni.:)


keenam pula.

Kurangkan xtvt luar, jimat duit, tayah boross…t kang tade duit na ayah gak tanggung..apa namaa??

Ni pon kelakar gak. Adehh. Borosnye aku. Sekali mkn na bebayak. Tu melantak je mne duit na habes cepat. Dush dush dush. Tumbok perot sendiri. Dgn futsal nye seminggu mau 2 kali sehari. Sah sah lari bajet. Adeh. Berubah la shah. Please.

7.

Muhasabah diri, pe yg kurang sem lepas, fix sikit2 semester ne.

Aku dah cube yang termampu dah. Mungkin ini memang jalan takdirku. Ade gak la perubahanye. Alhamdulillah.

Lapan adalah.

Jgn cepat morale down.

Semangat yang membara di atur di jiwa.yeahh. tiada lagi morale down.sume arrow atas. Sume morale up!

Sembilan plak.

Lebeykan practice basketball.

*sigh*. Bz kot buat esaimen and whatsoever, tu yang aku tepaksa merencatkan minat aku sikit sem ni. Agak ke laut jugak la latihan sem ni. Open UMT pon men macm pe ntah aku. Tapi walopepon bsket tetap jiwa shah. Jaringku.

Clause 10.

Target RM10 sehari, baru bole survive lelama.

Haha.tak dapek la do. Tgahari da konfirm rm4. Malam rm4 lagi. Habes tu topup? Photostat? Errr. Ta patot sepuluh. Berdasarkan harga runcit, kita harus meningkatkan bajet kita. So, susah la nak survive rm10. Maaf.

11.

Tayah tdo petanggg.

Selalu je?


12.

Banyakkan baca article.

Tak tertahan. Aku bace pon article yang publish kat coment wall orang la.tulah ‘article’ sangat tu.terima kasih FB membuatkan aku lalai!

Tiga belas pulak ialah.

Baca paper, dah tayah malas2, kne buat preparation awal, kang org kate katak bwh tpurung seyh.

Selalu je.ape guna surat khabar online?jimat wooo.

Perkara 14.

Focus tyme class.tayah pale na jadah melayang2 ke hulu hilir.

Well, seperti biasa. Memang akan ke laut. Memang tak dapat dinafikan. Sorry madam Ku Naraini, Madam Hartini, Sir Ibrahim, saya memang susah nak fokus. I don’t know why. *sigh*

Last la sangat.

Update blog seminggu skali.ngeh3…;P

Penipuan paling ulung sekali nilah. Tipu jela kejenye mamat ni!

Kesimpulannye, target ta berapa nak tercapai.(-,-“